Selasa, 30 Mei 2017
dah masuk 35 dah...
Dapat bunga bunga n coklat harini..dah masuk umur 35 tahun dah aku. Sekejap saja masa berlalu. Dari kecik kini dah besar, dari orang biasa jadi orang kurang upaya, dari bujang kini dah berkahwin. Sukur masih dipanjangkan umur untuk melalui perjalanan hidup ini. Aku sangat bertuah kerana mak abah sentiasa disisi sepanjang perjalanan ini, dibantu adik beradik, diceriakan dengan anak anak menakan dan teristimewa ditemani oleh seorang isteri yang sanggup menerima aku dalam kaedaan kekurangan dan meneruskan perjalanan hidup bersama. Semoga aku terus diberikan kekuatan untuk meneruskan baki perjalanan hidup disini. Semoga mak abah, isteri, adik beradik dan semua ahli keluarga sentiasa dilindungi dan diberkatiMU Ya Allah
Rabu, 16 Mac 2016
Rumah Kenangan
16 Feb 2016
Semalam aku ke hospital HRC Cheras, selesai buat pemeriksaan, x-ray dan juga urusan untuk pembelian kerusi roda baru. Agak uzur jugak dah kerusi roda yang sedia ada ni. Dah hampir 6 tahun berbakti padaku :)
Bertolak balik dari KL, singgah di ipoh bermalam disini. Dapat lagi singgah disini... banyak kenangan di rumah ini, walaupun arwah telah tiada disini. Inilah rumah pertama dan terakhir yang arwah beli, sepertimana juga lagu yang sering arwah nyanyikan "Pertama dan Terakhir-Rusty Blade".
3 tahun yang lepas, bulan februari ini juga arwah bertolak ke sabah dari sini, kali terakhir arwah disini sempat dicuci2 seluruh rumah dan juga motosikal kesayangannya.
Teringat dulu-dulu, kemeriahan sekeluarga beramai-ramai disini. Mak dan Abah kalau nak berjalan selalu ajak datang rumah Zul. Seronok Mak Abah setiap kali datang rumah Zul. Walaupun semua itu telah berlalu dan kini tinggal kenangan. Namun kenangan itu sentiasa dalam ingatan kami. Kenangan itu tidak pernah dilupakan hingga akhir hayat ini..

Jumaat, 5 Februari 2016
NOOR HOMESTAY
Alhamdulillah. Kini memasuki tahun keenam sejak aku memulakan perniagaan homestay pada tahun 2010. Setelah enam tahun, bermula dengan sebuah homestay, kini NOOR Homestay mempunyai 7 unit rumah tetamu di dalam kangar. Nama NOOR ini diambil sempena nama Abah, juga sebagai nama keluarga. Aku mempunyai impian dan cita-cita yang besar dalam bidang penginapan ini. Walaupun bermula secara kecil-kecilan dan sambilan, aku yakin dan percaya bidang penginapan ini mempunyai potensi yang besar di negeri kecil ini dan pulau di hadapan. Banyak idea yang berbenak dalam fikiran, namun kemampuan dan kekangan modal menghadkan perancangan dan perlaksanaan.
Teringat sepanjang perjalanan, sejak tahun 2013 aku merancang untuk membina bajet hotel berkonsepkan gabungan homestay. 22 bank dan berberapa agensi penyalur dana aku jelajahi. Dari perlis sampai ke putrajaya. Namun semuanya berakhir dengan makan angin....hehehe... takpalah... mungkin belum masanya. Kadangkala sukar meyakinkan 'bangunan besar' akan potensi hadapan yang dilihat. Banyaknya berkisar tentang cukup syarat atas kertas.
Tahun 2016 ini aku berharap dan berdoa agar NOOR Homestay akan semakin berkembang, akan menjadi salah satu tempat penghinapan yang menarik pengujung setiap kali datang singgah, lalu atau melawat perlis :) Mungkin..mana tau kot2 tahun ni aku terjumpa tok arab yang nak melabur dengan idea aku. Tak banyak..dapat 0.1% pun jadilah..hehehehe :)
Okey..think positive and believe in what i can do! coz i have a dream...:)

Khamis, 31 Disember 2015
Tahun Baru 2016
Berlalu sudah tahun 2015. Mencabar bagiku menempuh sepanjang tahun yang telah berlalu. Sepanjang tahun aku sering berulang alik ke hospital dan terlantar dalam kesakitan. Aku masih bertarung dengan kaedaan kesihatan. Masih berusaha ikhtiar berubat agar sembuh dan sihat kembali. Nazar aku tahun ini sekiranya aku sembuh dan sihat kembali aku ingin ke tanah suci menunaikan ibadah umrah . Telah lama ingin mengimpikan untuk ke sana, namun masih kekangan dengan kesihatan dan kewangan. In sha Allah mudah-mudahan tahun ini tertunai harapan aku untuk ke sana.
Memasuki tahun baru, harapan yang tertunai aku lihat pada wajah Mak. Rumah Mak hampir siap. Alhamdulillah tercapai impian Mak untuk memiliki rumah yang selesa dan untuk anak-anak... Sepanjang tahun lepas besar harapan Mak untuk menyiapkan rumah, pelbagai ujian dan cabaran yang Mak lalui dengan tabah atas harapan untuk menyiapkan rumah untuk keluarga. Mak sering memikirkan untuk anak-anak. Terpancar kegembiraan di wajah Mak setiap kali melihat anak-anak dan cucu-cucu berkumpul dan keriangan. Aku, pada waktu ini tidaklah punyai kekayaan mahupun wang yang berikat. Namun aku memberi pada Mak dengan yang aku termampu. Harapan, tugas dan tanggungjawab aku hanyalah ingin melihat Mak dengan hati yang tenang dan tersenyum. Aku tidak mahu melihat Mak dalam kaedaan sedih, kerana Mak telah lama dalam kesedihan terutama semenjak peristiwa pemergian Zul..
Abah..., aku memahami dan mendalami harapan Abah dalam perniagaan. Cuma dalam kaedaan sekarang aku masih belum mampu bertindak dan membantu. Harapan ini sejak aku kecil bersama Abah, juga menjadi harapan ketika aku semakin membesar, namun kemalangan yang aku alami membantutkan impian aku untuk harapan Abah. Namun dalam hati aku, suatu hari aku akan mencapai impian dan harapan Abah dalam perniagaan ini.
Buat insan istimewa, yang selama ini seringkali aku tidak bicarakan. Isteri, yang sangat aku kasihi dan hargai. Berkongsi kasih sayang, ketawa duka, susah dan senang bersama. Besar pengorbanan insan yang bernama isteri ini. Sepanjang aku melalui saat kesukaran, kesusahan dan kesakitan, inilah insan yang menjadi peneman dan pendorong untuk aku terus mengharungi, bangkit dan meneruskan perjalanan ini.
Semoga tahun 2016 yang datang ini memberi sinar, harapan dan keceriaan baru buat kami sekeluarga. Semoga Mak dan Abah sihat dan diberi kekuatan olehNya. Semoga kami sekeluarga dimurahkan dan dilimpahi rezeki dariNya. Semoga anak-anak pewaris ini membesar dengan baik dan sempurna. Semoga aku, dikurniakan olehNya kesembuhan, kesihatan, kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Ameen...
Rabu, 23 Julai 2014
Khamis, 3 Julai 2014
Salam Ramadhan
Alhamdulillah tahun ni aku dapat menunaikan ibadah puasa berbanding tahun lepas yang terpaksa tinggal kerana kesakitan berpanjangan yang sentiasa berulang sepanjang ramadhan lepas. Syukur dipermudahkanNya, mudah-mudahan cukup ibadah puasa bagi bulan ramadhan tahun ni.
Kehidupan diteruskan seperti biasa sehari hari, merancang dan melaksana untuk masa hadapan, menghargai yang ada dan masih ada pada hari hari ini, mendoakan yang terbaik dariNya buat hari hari yang mendatang.
Hari hari sebelum datang dan selepas balik kerja, ayat ayat biasa kedengaran, pak lang jom pe man laq(jom pe taman ulaq)..:Aqil dan telatah Aqib Syahid yang semakin membesar dan sihat walafiat. Dua watak ceria yang menceriakan suasana rumah. Dua beradik sama-sama murah dengan senyuman...Kedua-dua banyak mewarisi watak arwah ayah, Al-Fatihah..
Bulan ni Tok n Wan tak berniaga, banyak masa diluangkan dengan cucu-cucu. Elok juga Tok n Wan dapat berehat panjang bulan ni setelah sebelas bulan bekerja keras. Murah rezeki bulan ni, dapat merasa masakan Mak, masakan Mak adalah yang terbaik n paling sedap..:). nanti dah buka gerai susah dah nak merasa sebab dah berniaga balik, tumpang bulan puasa ni dapat rasa macam macam masakan Mak. Syukur rezekiMu..
3 Jul 2014, 18:04pm
Khamis, 3 April 2014
Noor Aqib Syahid bin Zulkifli
Aqib Syahid lahir sama bulan dengan ayah 19 Okt 1984 dan Tokwan 5 OKt 1954. Harini Aqib Syahid dah masuk lebih 5 bulan. Sepanjang 5 bulan ni agak risau dengan kaedaan Aqib Syahid. Berulang alik dan keluar hospital kerana jangkitan kuman di paru-paru. Sehingga kini masih belum pulih sepenuhnya. Namun anak kecil ini seakan ayahnya, dikurniakan kekuatan dariNya. Setiap kali memandang wajah Aqib Syahid pasti akan teringat akan wajah dan kelaku Zul. Sejuk hati memandang..
La ni Aqib dah pandai senyum dan main dengan orang. Setiap kali bagi Pak Lang minum susu, main2 dan bawa berjalan, memanjang saja Aqib memandang, seakan rasa Zul yang memandang.
Langgan:
Catatan (Atom)