Semenjak berberapa ketika kini, aku lebih selesa tidur di halaman ruang tamu beralaskan tikar mengkuang berbanding tidur di dalam bilik dengan katil yang tebal dan selesa. Kadangkala sakit sendi - sendi badan saat aku terjaga dan mengalihkan kedudukan. Kadangkala juga bergetar - getar seluruh badan semacam gempa kerana spisam yang agak kuat. Namun bagi aku bukanlah kerana kaedaan ini, sebaliknya aku lebih selesa tidur bertemankan anak - anak buah yang tidur di atas toto sebelah. Bagiku satu kenikmatan dan kebahagiaan saat dan ketika melihat mereka tidur. Betapa saat - saat yang di lalui melihat mereka membesar amat bermakna bagiku.
Kadangkala berkata dalam hati kecil aku. Saat - saat sebegini harus aku rasai, nikmati dan hargai kerana aku juga tidak tahu bila akan sampai masanya aku nanti, juga andai aku ditakdirkan masih berupaya, mungkin anak - anak inilah yang akan mahupun dapat membantu menjaga aku di hari kelak. Hari - hari telatah mereka menceriakan kesuraman dan kemurungan yang kadangkala terjadi di sebalik aku bersendirian.
Tersenyum kadangkala ada yang bertanya, dah kawin ka? takdak ka? Senyum aku membalas : ...takpa.., anak menakan ramai, kot - kot nanti boleh jaga paklang depa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan