Jumaat, 30 Januari 2009

Anugerah dan Kecemerlangan


Selesai menduduki SPM aku melanjutkan pengajian ke matrikulasi KMPP. ketika itu keputusan SPM masih belum keluar dan kemasukan ke matrikulasi waktu itu adalah berdasarkan keputusan percubaan SPM.

Rasa gembira juga kagum saat itu kerana dapat melanjutkan ke tahap yang lebih tinggi, suatu yang telah lama aku impikan

Mac 2000, keputusan SPM keluar. Aku menerima perkabaran yang 'mengejutkan' diriku. Aku dimaklumkan oleh rakan sekelas bahawa aku mendapat 6 Agregat(perkiraan SPM dahulu) dan menjadi pelajar terbaik SPM sekolah.

Alhamdulillah.. aku benar-benar tidak menyangka dan seolah sukar mempercayai pada awalnya mendapat keputusan sedemikian. Selang sehari kemudian keputusan dimaklumkan sekali lagi di kuliah oleh pensyarah Pn Zaitun, barulah dapatku benar-benar mempercayainya.

Terasa amat berbaloi pengorbanan, usaha dan keringat yang dicurahkan pada 2 tahun terakhir persekolahanku. Betapa aku membayangkan kegembiraan dan kepuasan 'sebegini' pertama kali hadir dalam hidupku. Syukur padaNya kerana memakbulkan doa dan permintaanku melebihi dari apa yang ku pohon.

Kegembiraan ini turut kulihat pada raut wajah mak abah, guru-guru juga insan-insan yang ku kenali. Bagi mak dan abah, mungkin saat inilah perasaan berbaloi dengan pergorbanan yang mereka curahkan.

Ucapan tahniah juga datang dari segenap insan yang aku kenali juga dari insan-insan yang tidak ku kenali. Apapun bagiku, perasaan dan kegembiraan ini aku kongsikan bersama kerana antara merekalah pendorong kecemerlangan ini.

Selang ketika kehadiran sambutan Maal Hijrah, aku yang ketika itu masih di matrikulasi KMPP sekali lagi menerima anugerah dariNya. Aku dimaklumkan oleh mak abah bahawa pihak sekolah menjemput ke sekolah untuk menerima anugerah tokoh Maal Hijrah pada hari sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah.

Tahun 'ini' amat bermakna buat diriku. Segala kepenatan, kesedihan, kesusahan lepas dihadirkan dengan anugerah dan kecemerlangan yang menghadirkan 'senyuman'.

Anugerah dan kecemerlangan ini penambah dorongan buatku untuk lebih berusaha kuat untuk mencapai impian dan matlamatku.

mak..abah..