Khamis, 3 Julai 2014

Salam Ramadhan


Baru saja selesai menyiapakan assignment OUM semester ni. Agak mencabar, belajar, bekerja dan berniaga serentak.., tubuh tidaklah sekuat, semangat yang mengatasi fizikal..:)
Alhamdulillah tahun ni aku dapat menunaikan ibadah puasa berbanding tahun lepas yang terpaksa tinggal kerana kesakitan berpanjangan yang sentiasa berulang sepanjang ramadhan lepas. Syukur dipermudahkanNya, mudah-mudahan cukup ibadah puasa bagi bulan ramadhan tahun ni.

Kehidupan diteruskan seperti biasa sehari hari, merancang dan melaksana untuk masa hadapan, menghargai yang ada dan masih ada pada hari hari ini, mendoakan yang terbaik dariNya buat hari hari yang mendatang.

Hari hari sebelum datang dan selepas balik kerja, ayat ayat biasa kedengaran, pak lang jom pe man laq(jom pe taman ulaq)..:Aqil dan telatah Aqib Syahid yang semakin membesar dan sihat walafiat. Dua watak ceria yang menceriakan suasana rumah. Dua beradik sama-sama murah dengan senyuman...Kedua-dua banyak mewarisi watak arwah ayah, Al-Fatihah..

Bulan ni Tok n Wan tak berniaga, banyak masa diluangkan dengan cucu-cucu. Elok juga Tok n Wan dapat berehat panjang bulan ni setelah sebelas bulan bekerja keras. Murah rezeki bulan ni, dapat merasa masakan Mak, masakan Mak adalah yang terbaik n paling sedap..:). nanti dah buka gerai susah dah nak merasa sebab dah berniaga balik, tumpang bulan puasa ni dapat rasa macam macam masakan Mak.  Syukur rezekiMu..

3 Jul 2014, 18:04pm


Khamis, 3 April 2014

Noor Aqib Syahid bin Zulkifli


6 Oktober 2013. Tersentuh hati apabila mendengar tangisan Noor Aqib Syahid dalam bilik bersalin pada tanggal ini. Alhamdulillah meng azan kan kehadiran permata ini menggantikan Zul cukup menyentuh emosi dan perasaan.
Aqib Syahid lahir sama bulan dengan ayah 19 Okt 1984 dan Tokwan 5 OKt 1954. Harini Aqib Syahid dah masuk lebih 5 bulan. Sepanjang 5 bulan ni agak risau dengan kaedaan Aqib Syahid. Berulang alik dan keluar hospital kerana jangkitan kuman di paru-paru. Sehingga kini masih belum pulih sepenuhnya. Namun anak kecil ini seakan ayahnya, dikurniakan kekuatan dariNya. Setiap kali memandang wajah Aqib Syahid pasti akan teringat akan wajah dan kelaku Zul. Sejuk hati memandang..
La ni Aqib dah pandai senyum dan main dengan orang. Setiap kali bagi Pak Lang minum susu, main2 dan bawa berjalan, memanjang saja Aqib memandang, seakan rasa Zul yang memandang.

Isnin, 24 Mac 2014

Bila Kami Rindu Padamu

Bila Kami Rindu Padamu...
Acap kali menatap wajahmu pasti tersentuh dan bergenang air mata ini
Teringat masa dan kenangan yang berlalu bersamamu
Telatah dan gurau sendamu sentiasa mencuit dan membuat kami tersenyum
Peribadi dan budi pekertimu sentiasa membuat kami kagum akan dirimu
Kegigihan dan semangatmu membuat kami bangga denganmu

Bila Kami Rindu Padamu...
Wajah anak-anak kecil pewarismu mengubat ingatan  yang terlalu kuat terhadap dirimu
Iras wajah anak-anak ini bayangan iras raut wajahmu
Telatah dan perilaku anak-anak ini mengimbau kami akan telatah dan peribadimu
Anak-anak ini moga mewarisi peribadi tinggi dan mulia mu

Bila Kami Rindu Padamu...
Tiada lagi gurau sendamu yang mencuit tawa kami
Tiada laga masa bersiar seperti dahulu buat kami
Tiada lagi senyuman yang lalu bersama kami
Tiada lagi kasih sayang seorang ayah buat anak-anak kecil ini


Bila Kami Rindu Padamu...
Air mata sebagai luahan ingatan kami terhadap dirimu
Kenangan bersama kami sematkan ke akhir hayat kami
Doa kami iringi disetiap waktu buatmu agar tenang disana

Walau masih berat buat kami merelakan pemergianmu
Namun kami yakin segalanya adalah ketentuanNya yang terbaik buat dirimu
Moga dirimu sentiasa dilindungi dan ditempatkan disisiNya
Moga Syuga Firdaus tempat buatmu disana...




Setahun Berlalu, Pemergian Abadi


Telah lebih setahun Zul pergi dan kembali padaNya. Perasaan kuat masih terasa.. Acap kali menatap wajah Zul pasti akan tersentuh dan sebak. Teringat sepanjang aku menambah page awal dulu, hampir setiap waktu juga berlinang airmata. Hanya mengharap ketika itu akan ada doa setiap waktu buat Zul, insan yang terpilih dan istimewa ini, agar tenang dan ditempatkan dikalanganNya disana
Kini, kekuatan diteruskan setiap kali melihat anak-anak Zul. Amanah dan tanggungjawab ini dibawa dengan doa dan harapan agar anak-anak Zul menjadi insan-insan berjaya dunia dan akhirat..Ameen..

Tahun 2014


Sekejap saja masa berlalu dan kini telah memasuki tahun 2014. Tahun 2013 berlalu dengan kenangan dan pengalaman yang sukar dan tak mungkin dilupakan. Pengalaman yang amat meniggalkan kesan buat keluarga dan juga diriku.
Tahun 2014 ini tidak banyak yang aku rencanakan seperti tahun-tahun terdahulu. Dalam hati dan fikiran hanya meneruskan yang sedia ada dan yang lebih penting bersama-sama keluarga dan anak-anak kecil ini meneruskan perjalanan hidup ini
Tahun 2014 ini moga jua diharapkan membawa kembali senyuman buat diri aku dan keluarga yang hampir sepanjang berakhir dengan kesedihan dan air mata. In sha Allah moga sinar dan cahaya hadir dariNYA.