Selasa, 22 Mei 2012

Cinta Pertama

Awal 2004, aku mengenali za, melalui laman sosial friendx. Ketika itu belum lagi facebook mahupun twitter. Walaupun gambar asalnya di laman friendx hanya lukisan kartun bertudung,namun dari lamannya serta ayat- ayat yang dipamerkan membuatkan aku terdetik untuk mengenalinya.

Permulaan sekadar kenalan biasa, hari semakin hari kami kerap berbalas utusan. Melalui tutur tulisannya membuat aku senang untuk berbicara dengannya. Hampir lebih setahun berkenalan dan berbicara tanpa pernah bertemu antara dua. Hanya berbalas masing - masing di laman friendx. Aku menyenangi diri za, Dapat dirasakan keikhlasan dan kejujuran dari bicaranya.

Mac 2005, setelah lebih setahun berkenalan , aku memutuskan untuk meluahkan perasaanku pada za, aku mengerti akan kaedaan diriku sebagai insan kurang upaya mungkin membuatkan za keberatan atau tidak dapat untuk menerima diriku. Namun aku memberanikan diri untuk meluahkan, kerana aku meyakini hati dan perasaanku bahawa ini adalah Cinta Pertamaku.

Agak terperanjat reaksi za akan luahan dariku terhadapnya, mengambil masa berberapa ketika, akhirnya za membalas padaku dengan penuh harapan,  Cintaku diterima za seikhlas dan seadanya.
Inilah Cinta Pertamaku, yang tidak pernah aku duga untuk bertemu lafaz disini, setelah kaedaan sebegini, seakan mengimbau sajak yang pernah aku karang sewaktu menuntut dahulu bertajuk "mimpiku di alam maya".

Setelah lebih setahun berkenalan serta mengungkapkan Cinta bersama, buat kali pertama aku dan za bertemu berhadapan. Berdebar rasa hati ini untuk bertemu dengan insan yang dicintai buat pertama kalinya. Waktu itu sama - sama bersetuju untuk bertemu di Universiti Utara Malaysia. dengan za bertolak dari Universiti Malaya, manakala bertolaknya aku dari negeri kecil ini untuk bertemu bersama buat pertama kali.

Mungkin inilah yang membuatkan Cinta Pertama ini begitu bermakna, setelah lebih setahun mengenali hati budi masing - masing, setelah lebih setahun ungkapan cinta dilafazkan, setelah lebih setahun juga baru dapat bertemu menatap wajah masing - masing.