Selasa, 17 Ogos 2010

Matrikulasi




Tahun 2000, aku ditawarkan melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Ketika itu aku antara kelompok awalan program Matrikulasi Kementerian Pendidikan dengan kemasukan ketika itu sebelum keputusan peperiksaan SPM keluar.
Saat menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Matrikulasi aku begitu teruja kerana tercapai akhirnya azam dan hajatku di bangku sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi, juga teruja kerana seakan ingin mengembara dan merasai kehidupan di dunia luar sana.
Teringat aku hari pendaftaran aku di hantar oleh mak, abah juga adik beradik. Kelam kelabut masa pendaftaran dengan macam-macam keperluan yang perlu di sediakan secara 'mengejut'. Rasa gembira bercampur sedih, kerana ini kali pertama aku berenggang dengan keluarga.
Hari demi hari di kolej Matrikulasi, banyak pengalaman yang aku lalui. walaupun ramai yang melabelkan program Matrikulasi dari sudut kontra dan membebankan, namun bagi aku apa yang dilalui disini cukup berbeza, disini aku belajar lebih mengerti dan mendalami nilai-nilai keagamaan, nilai-nilai disiplin, nilai persahabatan dan perhubungan, berdikari dan keazaman..
Bermula disini, dengan apa yang ku lihat, aku semakin berazam untuk menjadi lebih bermakna..
Terima kasih buat semua pensyarah, rakan-rakan dan sahabat, kerana disini aku bukan sekadar mempelajari ilmu akademik, disini aku mempelajari sebuah perjalan dan perjuangan yang masih panjang..
Dalam kenangan..KMPP.

Rabu, 4 Ogos 2010

Dugaan, Ujian, Cabaran

Selain tahun 1997, 2002, 2007, tahun ini juga merupakan antara tahun yang benar-benar mencabar dan menguji ketabahan dan kekuatan diriku, kadang-kadang terasa seakan diberiNya kekuatan tambahan yang luar biasa dalam mengharungi perjalanan ini yang kadangkala tidak terjangka.
Banyak dugaan yang dilalui tahun ini, walaupun perjalanan ke akhir tahun masih berbaki. Dugaan, cabaran dan ujian dalam soal kehidupan, pertalian, pekerjaan, cita-cita dan impian juga perjalanan seharian. Namun aku melihat ini sebagai ketentuanNya terhadap perjalan hidupku, seharusnya dugaan, ujian dan cabaran yang dilalui kadang juga menjadikan kita lebih cekal dan tabah menghadapi perjalanan akan datang.
Syukur dan terima kasih juga kerana dikurniakan insan-insan terdekat yang amat bermakna membantu dalam mengharungi perjalanan ini.
Semoga perjalanan ini akan membawa hasilnya suatu hari nanti,
kerana...ada perjalanan, impian yang ingin dicapai dengan gelaran OKU ini.

Rabu, 21 April 2010

Kembali..

Lama sungguh rasanya aku tidak mencatat di ruangan ini,
sepanjang perjalanan ini sebenarnya banyak yang dilalui dan diharungi, sebahagian tersimpan didalam memori, sebahagiannya tertulis di dalam catatan itu.
Aku meneruskan perjalanan dan perjuangan yang masih panjang ini, menuju impian ini,( the power of dream:honda)
kepada teman-teman disekeliling, terima kasih atas perkongsian, sesetengah kadangnya diperhatikan dari jauh dengan senyuman, namun sebenarnya amat dihargai.
perjalanan dan perjuangan ini ku teruskan..