Sabtu, 27 Disember 2008

Kesedaran, Kebangkitan Saat Akhir


Kejadian "tragedi 1997" berlalu meninggalkan kesan yang mendalam buat diriku. Selepas berlakunya kejadian tersebut, mak & abah terpaksa bermula dari asal kembali.

Aku teringat ketika itu, abah bermula kembali dengan menggoreng bihun untuk diletakkan di gerai-gerai sekitar pasar. Setiap pagi seawal jam 4 aku berjaga untuk membantu abah menyedia dan menyiapkan bungkusan-bungkusan bihun untuk dijual . Saat itu aku menghampiri untuk menghadapi peperiksaan PMR.

Masa berlalu, PMR telah aku duduki. Sebaik keputusan keluar, "result" yang aku perolehi tidaklah dapat mengembira dan membanggakan mak & abah. Aku 'menyedarinya"..

Seawal naik ke tingkatan 4 ramai antara rakan-rakan yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke sekolah teknik & vokasional. Tinggal aku dan berberapa orang baki rakan sahaja yang tidak mendapat apa-apa tawaran . Sedih & sayu mengiringi raut wajahku selama berbulan jugak, merasakan seolah " keseorangan ditinggalkan". Hampir semua yang pergi "satu geng". "geng taekwondo", "geng mountbike" ,"geng pembela mangsa dera", "geng karate kayu & pintu kelas", "geng ponteng kelas petang" haha..melucukan gelagat bila dikenang kembali.

Setiap kejadian ada hikmahNya. Saat aku di hujung tempoh pengajian, kesedaran mula menjelma dalam diriku . Aku mula berazam dan bertekad. Aku harus mengubah nasib diriku, mak, abah & keluarga. Kebangkitan saat-saat akhir ini "juga" benar-benar mengejutkan diriku. Tenaga dan semangat luar biasa mengiringiku, seakan tersemat bersama tenaga dan semangat mak & abah dalam diriku.

Saat itu dalam pikiran dan pekerjaanku hanyalah membantu mak & abah serta berlajar "sepenuh hati". tiada lagi istilah hiburan dan "main-main" dalam kalendarku.

Terketawa bila mengenang kembali, Aku antara yang selalu paling lewat ke sekolah, maka "terpaksalah" kerap memanjat pagar sekolah. Rutinku setiap hari selepas menolong mak & abah membuka gerai baru aku pulang dan bersiap ke sekolah.

Terima kasih cikgu-cikgu, walau selalu melihat aku memanjat pagar sekolah, namun sekadar melihat tanpa "apa-apa hadiah" . mungkin kerana memahami dan mengerti rutinku

Sabtu, 13 Disember 2008

Tragedi 1997

Kisah ini berlaku 11 tahun yang lalu. namun walaupun telah lama berlalu memorinya masih tegar dalam ingatanku.
Pagi itu jam sekitar pukul 4 pagi. Aku sedang mengulangkaji pelajaran untuk menempuhi peperiksaan pmr yang bakal menjelang. tiba-tiba ada orang yang datang mengetuk pintu rumah memanggil nama abah.. Alangkah terkejut aku dan keluarga yang terjaga apabila diberitahu yang gerai tempat mak & abah berniaga terbakar.. serentak itu juga mak & abah bergegas ke gerai.

Aku kemudiannya mengambil "gerek" menuruti mak & abah untuk melihat kejadian yang berlaku. aku mengayuh "gerek" ke gerai yang jauhnya dalam 2km dari rumah. dalam perjalanan sebelum aku sampai ke gerai aku terserempak mak & abah menuju balik ke rumah. dalam hatiku terdetik..apa sebenarnya yang berlaku? teruk ka?

Saat aku sampai di jejantas berhampiran dengan gerai aku terus tergamam.. ya Allah... semuanya musnah sama sekali.. patutla mak & abah terus balik... tak ada apa-apa yang dapat diselamatkan. semuanya musnah sama sekali.. aku benar-benar tak dapat menahan kesedihan. menangis aku sambil hanya kaku berdiri tepi "gerek". Aku tidak pernah menangis dan berasa kesedihan yang seperti ini.. apa lagi perasaan mak & abah.

Sambil mengalir air mata membasahi baju. aku mengayuh gerek ke rumah tok dan makcik. sambil menangis dan mengalir air mata aku memanggil tok.. Semuanya terkejut dan hanya turut mengalir air mata. tiada apa yang dapat dilakukan ketika itu. hanya redha dengan kejadian yang berlaku..mengharapakan semoga masih ada sinar untuk hari esok..

Pagi itu setelah matahari mula bersinar aku datang semula ke gerai. semuanya aku lihat musnah terbakar. bomba baru selesai memadamkan api yang begitu marak awalnya. orang ramai berhimpun seolah ada satu pesta. mak...hanya dapat tersandar di sebatang pokok besar berhampiran. aku dapat merasa amat kesedihan dalam hati mak. Semuanya diusahakan. keringat dicurahkan selama 12 tahun. gerai tempat sekeluarga berteduh mencari rezeki musnah hanya dalam sekelip pandang.

Kata orang dan kata kita.. setiap yang berlaku adalah ujianNya juga setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya...

Ahad, 7 Disember 2008

Mak, Abah & Gerai


Aku sekeluarga memanggil ibu dan ayah dengan panggilan "mak & abah". Bagi aku nama mak dan abah cukup amat bermakna dalam hidupku. SelainNYA.. aku membesar kerana mak & abah. aku meneruskan kehidupan ini kerana mak dan abah. aku meneruskan perjuangan ini kerana mak & abah. aku menuju cita-cita ini kerana mak & abah..

Gerai?.. kisahnya bermula hampir 25 tahun yang lalu. gerai ini telah diterima oleh mak & abah hasil pemberian daripada seorang tua bernama Yahya Baginda(tiada kaitan atau pertalian darah dengan Razak baginda..ha..) yang bermurah hati juga simpati melihat kegigihan mak & abah berniaga. Di gerai inilah mak & abah meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan menjual roti canai dan minuman. Di gerai inilah mak & abah membanting tulang empat kerat bagi menyara anak-anak kecil

Gerai ini..membawa makna yang cukup besar dalam diriku.di gerai inilah disiplin dan kesedaran diriku dipupuk oleh mak & abah. Seawal jam 4.30 pagi aku telah digerak untuk membantu mak & abah di gerai. bak pepatah "alah bisa tegal biasa" "tak kenal maka tak cinta". aku yang mulanya "jenoh" digerak untuk ke gerai. lama kelamaan disiplin ini sudah menjadi rutinku sendiri.

Masa berlalu..rezeki bertambah berkat usaha kuat..perniagaan semakin maju.. tiba-tiba langit tak sentiasa cerah..guruh datang tanpa kuduga..

Salam A'idiladha

Hari ini sekali lagi umat islam menyambut A'idiladha. syukur aku masih dipanjangkan umur. Pagi ini aku bangun seawal hampir pukul 5. banyak kali aku terjaga dari tidur semalam. seakan mahu memulakan dan menyambut pagi A'idiladha ini seawal mungkin.

Salam kemaafan aku mohon ampun dan maaf dari mak dan abah. salam kemaafan buat ahli keluarga yang dicintai dan disayangi. juga salam kemaafan buat insan-insan yang pernah berbakti buat diriku serta sahabat-sahabat dan rakan-rakan. Salam A'idiladha maaf zahir dan batin.

Sabtu, 6 Disember 2008

Perjalanan...kisah kecilku




Aku membesar dari anak kecil di sebuah perkampungan kecil. mak dan abah mencari pendapatan dengan mengerah keringat berniaga kecil-kecilan mengusahakan gerai makan. teringat kisah-kisah kecil.. rumah yang didiami.. seringkali tibanya hujan, pastinya berbekas-bekas "tapawe" ditadahkan untuk mengisi air hujan yang menitis dari bumbung-bumbung yang bocor. tiba pula musim banjir, potongan batang-batang pisang dijadikan perahu kemudi. "KFC" zaman kecilku adalah ubi kayu rebus ber"sos"kan gula. Enakya dimakan.. waktu hujan =)

Seawal usiaku 5 tahun aku telah diajar membantu mak dan abah berniaga di gerai. semakin aku membesar semakin aku belajar dan memahami kesusahan yang dilalui mak dan abah. hujan dan panas yang telah sebati dalam diri mak dan abah turut meresapi diriku. tohmahan cacian dan pandangan sinis juga kadang -kadang tak dapat dielakkan. bagiku semua itu menjadikan diriku insan yang lebih kuat.
Semakin hari semakin aku "jatuh cinta" pada gerai ini. Aku mula memasang impian..suatu hari nanti aku mahu membesar dan mengembangkan perniagaan mak dan abah..

semakin hari semakin aku membesar..ada kisah-kisah yang aku lalui. sungai- sungai menjadi kolam renang ku. bukit bukau menjadi dakianku. anak-anak india menjadi "tinjuku". juga "toyol" menjadi gelaranku dalam keluarga..haha..

siang malam berlalu. hari bersilih ganti. tahun bertukar tahun...tragedi..1997?

Jumaat, 5 Disember 2008

Siapa Diriku..?


Aku hanyalah insan biasa...seperti juga insan - insan lain di luar sana. cuma sekarang gelaranku kini.. dato? tan sri? panglima? tun..? tidak sama sekali.. tidak pernah aku mengimpikan untuk mempunyai gelaran-gelaran tersebut.. sebaliknya gelaranku kini bertambah menjadi... orang kurang upaya(OKU)

Apakah aku malu dengan gelaranku sekarang? orang kurang upaya(OKU)..
jawabku tidak sama sekali.. aku bersyukur kerana ibarat diberi kehidupan kali ke 2.. malahan aku lebih senang dengan gelaran orang kurang upaya..kerana ada perjalanan. ada matlamat. ada sesuatu yang mahu aku gapai juga buktikan dengan gelaran OKU ini..

kisahnya bermula hampir 7 tahun lepas. ketika aku sedang menuntut di ipta utara semenanjung. ibarat kata orang tua-tua malang tidak berbau..
Hari itu cuti umum. Aku ingin pulang ke kangaq untuk membantu mak & abah berniaga setelah hampir sebulan tak balik kerana sibuk dengan program-program universiti. Namun, belum sempat aku meneruskan hasrat aku dihubungi sahabat, meminta tolong untuk turut bersama ke tapak projek ko-k universiti. Setelah memikirkan tiada sesiapa untuk membantu mereka, kerana waktu itu hanya aku antara terdekat yang mempunyai lesen memandu, maka aku akhirnya bersedia untuk membantu memandu buat sahabat-sahabatku.

"Petunjuk" seakan sudah membayangiku sebelum perjalanan, mulanya kereta tiada untuk perjalanan, kemudiannya aku hampir berlanggar tiang semasa berundur ketika hendak keluar dari kolej. kaedaan kereta juga seolah ada yang "tak kena" ku rasakan, diiringi hujan lebat pada permulaan perjalananku. Mungkin inilah tanda-tanda yang diberikanNya. Namun kerana telah berjanji aku meneruskan juga perjalanan, diiringi bacaan juga doa agar selamat semuanya.

Dia menentukan segala kejadian dan segala yang berlaku adalah takdirNya, ketika berada di lebuhraya changlun-jitra sebuah bas dari arah bertentangan cuba membuat pusingan U . Saat itu terlalu hampir, hanya yang aku mampu lakukan membrek dan mengelak sedaya mungkin. jaraknya terlalu dekat, hanya "bayangan kuning" yang aku perasaan ketika itu. rupanya kereta yang aku pandu melanggar dan terperosok sebahagian ditengah bas.

Sejurus kemalangan barulah aku sedar dari pengsan seketika. saat itu benar-benar terasa seakan di hujung nyawa. hanya kalimah lailah-haillallah muhammad rasullullah dihati dari mulut yang tiada daya berkata ketika itu. juga kedengaran suara sahabat-sahabatku yang menyuruhku mengucap..

Mungkin belum sampai masaku, disaat terasa seperti nyawa-nyawa ikan..,seakan kehidupan kali kedua diberikan kepadaku.
Akibat kemalangan tersebut aku mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk. Doktor memaklumkan kepada mak.. makcik.. anak makcik akan lumpuh dan terbaring seumur hidup.. gelap masa depan..?

kini setelah hampir 7 tahun peristiwa yang berlaku...aku mensyukuri kerana di beri peluang "hidup kali ke -2" sekarang, tidak lagi terbaring seumur hidup ^_^ disebalik gelaran OKU pada diriku, namun banyak yang aku pelajari dan kini semakin kembali aku berdikari juga melakukan sendiri. Syukur Ya Allah. Terima kasih pada insan-insan sekelilingku yang jasa-jasa mereka tidak tehingga.

Apapu yang berlaku kehidupan..perjuangan harus diteruskan selagi bernyawa..


Blog ku

Hari ini permulaan aku menulis catatan perjalananku secara alam maya. sekadar luahan kisah-kisah juga perasaan. mungkin ianya bermanafaat juga berguna pada suatu masa nanti yang belum ku pasti waktunya. mungkin juga ianya dapat dikongsi bersama insan-insan di uar sana sebagai satu catatan dan perjalanan kehidupan.. selamat muncul blogku...diari oku..