Rabu, 5 September 2012

Arwah Tok...Al-Fatihah

Al-Fatihah....

Kelmarin aku mengunjungi rumah din, ayahnya meninggal dunia hampir waktu asar kelmarin. Din, pembantu gerai mak abah selama hampir 20 tahun. Tangisan dan kesedihan terpapar diwajah Din sewaktu aku sampai. Sebagai anak sulung dalam keluarga dan ikatan antara anak dengan ayah walaupun setelah berumahtangga, kekuatan hubungan dan kesedihan yang dialami din dapat aku rasai. Al-Fatihah sekali lagi buat arwah ayah din. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan yang beriman dan beramal soleh juga semoga syurga tempat baginya.Ameen..

Dalam perjalanan, aku kembali teringat pada arwah tok, teringat tok meninggal pada 3 Disember 2002, saat itu aku hanya masih terlantar tidak dapat bergerak akibat kemalangan yang aku alami. Abah mendukung aku naik ke rumah tok pada ketika itu .Kali terakhir ketika itu aku melihat arwah tok. tidak mampu aku bergerak pada ketika itu, hanyalah dapat membaca Al-Fatihah dan Yaasin buat jenazah pada ketika itu. Sebelum benar - benar jatuh sakit tok seringkali tanya kenapa aku lama tidak balik rumah, masing - masing menyembunyikan cerita sebenar yang aku telah kemalangan kerana khuatir akan kesihatan tok. Mungkin firasat tok, dapat merasakan sesuatu, juga kerana selalunya cuti hujung minggu aku akan balik dari uum dan kerumah tok untuk hantar makanan dan 'duit makan' untuk tok dari Abah. Teringat kali terakhir sewaktu di hospital, aku dan tok berada di hospital yang sama(Hospital Kangar), kerana terlalu mahu melihat tok, aku ditolak dengan katil ke wad tok. hanya sama- sama dapat melihat dengan kaedaan masing - masing terlantar di katil.


Agak terkilan kerana harapan untuk bawak tok jalan - jalan setelah habis belajar dan bekerja tidak sempat menjadi kenyataan.

Ketika ini dalam hati berkata, sampai masanya aku terpaksa menerima kenyataan yang pasti ini, akan  sampai masanya walau siapa jua. Sebenar-benarnya haruslah dihargai sepenuhnya apa yang masih ada sebelum sampai masa..kerana segalanya adalah ketentuan, ketetapan juga takdirNya

Al-Fatihah.....

Rabu, 27 Jun 2012

Airmata seringkali mengalir dan berlinang


Selasa, 16 Mei 2006

Hari ini masuk hari ke 7 aku dihospital Strand. Harini setelah sekian lama, aku mengalirkan airmata sekali lagi. Oh Tuhan........Aku pasrah..........
Cinta yang terdetik selama lebih 3 tahun tak ku duga berakhir begini. Akhirnya za menceritakan yang hubungannya denganku tidak direstui keluarganya....
Aku betul - betul tergamam dan tersandar. Benarlah firasatku.......
Namun aku redha, aku tahu kaedaan diriku sebegini....., mana - mana ibubapa juga pasti inginkan jodoh yang terbaik untuk kebahagiaan anak mereka.
Aku menerimanya. Ya Allah, berikanlah ku kekuatan, sembuhkanlah diriku, ku memohon padaMu. Ameen...


Rabu, 17 Mei 2006

Semalam menceritakan segalanya. Segala kisah duka, membuat hati benar - benar menangis. Namun satu ungkapan yang benar - benar aku tak dapat melepaskannya. "Abang..jangan tinggalkan za, za cintakan abang"
Oh Tuhan. Aku tak sanggup melepaskannya. Aku benar - benar mencintainya sepenuh hatiku.
Setelah lebih 3 tahun setelah hatiku terluka dan menangis ketika peristiwa saat lalu, harini aku benar - benar sedih sekali lagi. Aku benar - benar tidak dapat menahan air mata. Apakah aku terpaksa berpisah dengan insan yang benar - benar aku cintai selama lebih 3 tahun ini....Oh Tuhan.

Keputusannya hari ini, Aku terpaksa melepaskannya juga...............................


Selasa, 22 Mei 2012

Cinta Pertama

Awal 2004, aku mengenali za, melalui laman sosial friendx. Ketika itu belum lagi facebook mahupun twitter. Walaupun gambar asalnya di laman friendx hanya lukisan kartun bertudung,namun dari lamannya serta ayat- ayat yang dipamerkan membuatkan aku terdetik untuk mengenalinya.

Permulaan sekadar kenalan biasa, hari semakin hari kami kerap berbalas utusan. Melalui tutur tulisannya membuat aku senang untuk berbicara dengannya. Hampir lebih setahun berkenalan dan berbicara tanpa pernah bertemu antara dua. Hanya berbalas masing - masing di laman friendx. Aku menyenangi diri za, Dapat dirasakan keikhlasan dan kejujuran dari bicaranya.

Mac 2005, setelah lebih setahun berkenalan , aku memutuskan untuk meluahkan perasaanku pada za, aku mengerti akan kaedaan diriku sebagai insan kurang upaya mungkin membuatkan za keberatan atau tidak dapat untuk menerima diriku. Namun aku memberanikan diri untuk meluahkan, kerana aku meyakini hati dan perasaanku bahawa ini adalah Cinta Pertamaku.

Agak terperanjat reaksi za akan luahan dariku terhadapnya, mengambil masa berberapa ketika, akhirnya za membalas padaku dengan penuh harapan,  Cintaku diterima za seikhlas dan seadanya.
Inilah Cinta Pertamaku, yang tidak pernah aku duga untuk bertemu lafaz disini, setelah kaedaan sebegini, seakan mengimbau sajak yang pernah aku karang sewaktu menuntut dahulu bertajuk "mimpiku di alam maya".

Setelah lebih setahun berkenalan serta mengungkapkan Cinta bersama, buat kali pertama aku dan za bertemu berhadapan. Berdebar rasa hati ini untuk bertemu dengan insan yang dicintai buat pertama kalinya. Waktu itu sama - sama bersetuju untuk bertemu di Universiti Utara Malaysia. dengan za bertolak dari Universiti Malaya, manakala bertolaknya aku dari negeri kecil ini untuk bertemu bersama buat pertama kali.

Mungkin inilah yang membuatkan Cinta Pertama ini begitu bermakna, setelah lebih setahun mengenali hati budi masing - masing, setelah lebih setahun ungkapan cinta dilafazkan, setelah lebih setahun juga baru dapat bertemu menatap wajah masing - masing.