Rabu, 16 Mac 2016

Rumah Kenangan

16 Feb 2016

Semalam aku ke hospital HRC Cheras, selesai buat pemeriksaan, x-ray dan juga urusan untuk pembelian kerusi roda baru. Agak uzur jugak dah kerusi roda yang sedia ada ni. Dah hampir 6 tahun berbakti padaku :)

Bertolak balik dari KL, singgah di ipoh bermalam disini. Dapat lagi singgah disini... banyak kenangan di rumah ini, walaupun arwah telah tiada disini. Inilah rumah pertama dan terakhir yang arwah beli, sepertimana juga lagu yang sering arwah nyanyikan "Pertama dan Terakhir-Rusty Blade".
3 tahun yang lepas, bulan februari ini juga arwah bertolak ke sabah dari sini, kali terakhir arwah disini sempat dicuci2 seluruh rumah dan juga motosikal kesayangannya.

Teringat dulu-dulu, kemeriahan sekeluarga beramai-ramai disini. Mak dan Abah kalau nak berjalan selalu ajak datang rumah Zul. Seronok Mak Abah setiap kali datang rumah Zul. Walaupun semua itu telah berlalu dan kini tinggal kenangan. Namun kenangan itu sentiasa dalam ingatan kami. Kenangan itu tidak pernah dilupakan hingga akhir hayat ini..

Jumaat, 5 Februari 2016

NOOR HOMESTAY

Alhamdulillah. Kini memasuki tahun keenam sejak aku memulakan perniagaan homestay pada tahun 2010. Setelah enam tahun, bermula dengan sebuah homestay, kini NOOR Homestay mempunyai 7 unit rumah tetamu di dalam kangar. Nama NOOR ini diambil sempena nama Abah, juga sebagai nama keluarga. Aku mempunyai impian dan cita-cita yang besar dalam bidang penginapan ini. Walaupun bermula secara kecil-kecilan dan sambilan, aku yakin dan percaya bidang penginapan ini mempunyai potensi yang besar di negeri kecil ini dan pulau di hadapan. Banyak idea yang berbenak dalam fikiran, namun kemampuan dan kekangan modal menghadkan perancangan dan perlaksanaan.
Teringat sepanjang perjalanan, sejak tahun 2013 aku merancang untuk membina bajet hotel berkonsepkan gabungan homestay. 22 bank dan berberapa agensi penyalur dana aku jelajahi. Dari perlis sampai ke putrajaya. Namun semuanya berakhir dengan makan angin....hehehe... takpalah... mungkin belum masanya. Kadangkala sukar meyakinkan 'bangunan besar' akan potensi hadapan yang dilihat. Banyaknya berkisar tentang cukup syarat atas kertas.

Tahun 2016 ini aku berharap dan berdoa agar NOOR Homestay akan semakin berkembang, akan menjadi salah satu tempat penghinapan yang menarik pengujung setiap kali datang singgah, lalu atau melawat perlis :) Mungkin..mana tau kot2 tahun ni aku terjumpa tok arab yang nak melabur dengan idea aku. Tak banyak..dapat 0.1% pun jadilah..hehehehe :)

Okey..think positive and believe in what i can do! coz i have a dream...:)