Rabu, 5 September 2012

Arwah Tok...Al-Fatihah

Al-Fatihah....

Kelmarin aku mengunjungi rumah din, ayahnya meninggal dunia hampir waktu asar kelmarin. Din, pembantu gerai mak abah selama hampir 20 tahun. Tangisan dan kesedihan terpapar diwajah Din sewaktu aku sampai. Sebagai anak sulung dalam keluarga dan ikatan antara anak dengan ayah walaupun setelah berumahtangga, kekuatan hubungan dan kesedihan yang dialami din dapat aku rasai. Al-Fatihah sekali lagi buat arwah ayah din. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan yang beriman dan beramal soleh juga semoga syurga tempat baginya.Ameen..

Dalam perjalanan, aku kembali teringat pada arwah tok, teringat tok meninggal pada 3 Disember 2002, saat itu aku hanya masih terlantar tidak dapat bergerak akibat kemalangan yang aku alami. Abah mendukung aku naik ke rumah tok pada ketika itu .Kali terakhir ketika itu aku melihat arwah tok. tidak mampu aku bergerak pada ketika itu, hanyalah dapat membaca Al-Fatihah dan Yaasin buat jenazah pada ketika itu. Sebelum benar - benar jatuh sakit tok seringkali tanya kenapa aku lama tidak balik rumah, masing - masing menyembunyikan cerita sebenar yang aku telah kemalangan kerana khuatir akan kesihatan tok. Mungkin firasat tok, dapat merasakan sesuatu, juga kerana selalunya cuti hujung minggu aku akan balik dari uum dan kerumah tok untuk hantar makanan dan 'duit makan' untuk tok dari Abah. Teringat kali terakhir sewaktu di hospital, aku dan tok berada di hospital yang sama(Hospital Kangar), kerana terlalu mahu melihat tok, aku ditolak dengan katil ke wad tok. hanya sama- sama dapat melihat dengan kaedaan masing - masing terlantar di katil.


Agak terkilan kerana harapan untuk bawak tok jalan - jalan setelah habis belajar dan bekerja tidak sempat menjadi kenyataan.

Ketika ini dalam hati berkata, sampai masanya aku terpaksa menerima kenyataan yang pasti ini, akan  sampai masanya walau siapa jua. Sebenar-benarnya haruslah dihargai sepenuhnya apa yang masih ada sebelum sampai masa..kerana segalanya adalah ketentuan, ketetapan juga takdirNya

Al-Fatihah.....