Isnin, 14 Mac 2011

Catatan 17 April 2003

Awal pagi mimpi jumpa kawan - kawan dan dapat berjalan, tapi kemudian tertitis air mata. Sebenarnya air mata itu benar - benar tertitis bukan hanya dalam mimpi. KUATKAN SEMANGAT IJAM!!!

Harini pe fisioterapi belajaq naik kerusi roda(bulan ke- 9). Alhamdulillah daripada terlantar saja sebelum ni, sekarang dah dapat naik kerusi roda. InshaAllah masanya akan tiba!!!

Kaset kitaro yang di sangka hilang dah jumpa balik. teringat masa kat hospital, aku cuba melupakan kesakitan yang di alami dengan mendengar muzik kitaro.

Catatan 12 April 2003 : Sehari Di Hospital

Masa lepas kejadian di hantar ke hospital Jitra dulu, kemudian baru dihantar ke hospital Alor Setar pasal kemudahan tak cukup. Masa nak ke hospital Alor Setar time nak masuk dalam van aku tersedar, terdengar suara pembantu perubatan, katanya : pasai apa jahit besaq kat luka di kepala, dia muda lagi.." lepas masuk dalam van aku pun tak sedar sampai la kat hospital Alor Setar.

Tanggal 5 Julai 2002

Tarikh ini, bukan saja dalam kenangan, malah merupakan permulaan ibarat kehidupan kedua aku. Mulai saat ini aku bergelar OKU. yang berlaku telah berlalu, apapun yang terjadi, perjalanan dan perjuangan harus diteruskan selagi ada daya dan upaya. Mungkin pergerakkan bukan lagi seperti dahulu, tiada lagi berkayuh basikal merentasi kampung, sawah - sawah, bukit - bukit juga pantai kuala perlis. Tiada lagi memanjat bukit lagi dan bukit besi hangit. Tiada lagi menyertai kumpulan kembara. Tiada lagi mampu menebar roti canai membantu makabah..,
Namun anugerah ini masih di berikanNya, akal ini masih kurniaanNya bagi meneruskan perjalanan, warisi semangat mak abah masih bersama meneruskan kehidupan.
Perjalanan baru bermula...