Selasa, 17 Ogos 2010

Matrikulasi




Tahun 2000, aku ditawarkan melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Ketika itu aku antara kelompok awalan program Matrikulasi Kementerian Pendidikan dengan kemasukan ketika itu sebelum keputusan peperiksaan SPM keluar.
Saat menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Matrikulasi aku begitu teruja kerana tercapai akhirnya azam dan hajatku di bangku sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi, juga teruja kerana seakan ingin mengembara dan merasai kehidupan di dunia luar sana.
Teringat aku hari pendaftaran aku di hantar oleh mak, abah juga adik beradik. Kelam kelabut masa pendaftaran dengan macam-macam keperluan yang perlu di sediakan secara 'mengejut'. Rasa gembira bercampur sedih, kerana ini kali pertama aku berenggang dengan keluarga.
Hari demi hari di kolej Matrikulasi, banyak pengalaman yang aku lalui. walaupun ramai yang melabelkan program Matrikulasi dari sudut kontra dan membebankan, namun bagi aku apa yang dilalui disini cukup berbeza, disini aku belajar lebih mengerti dan mendalami nilai-nilai keagamaan, nilai-nilai disiplin, nilai persahabatan dan perhubungan, berdikari dan keazaman..
Bermula disini, dengan apa yang ku lihat, aku semakin berazam untuk menjadi lebih bermakna..
Terima kasih buat semua pensyarah, rakan-rakan dan sahabat, kerana disini aku bukan sekadar mempelajari ilmu akademik, disini aku mempelajari sebuah perjalan dan perjuangan yang masih panjang..
Dalam kenangan..KMPP.

Tiada ulasan: