Khamis, 3 Julai 2014

Salam Ramadhan


Baru saja selesai menyiapakan assignment OUM semester ni. Agak mencabar, belajar, bekerja dan berniaga serentak.., tubuh tidaklah sekuat, semangat yang mengatasi fizikal..:)
Alhamdulillah tahun ni aku dapat menunaikan ibadah puasa berbanding tahun lepas yang terpaksa tinggal kerana kesakitan berpanjangan yang sentiasa berulang sepanjang ramadhan lepas. Syukur dipermudahkanNya, mudah-mudahan cukup ibadah puasa bagi bulan ramadhan tahun ni.

Kehidupan diteruskan seperti biasa sehari hari, merancang dan melaksana untuk masa hadapan, menghargai yang ada dan masih ada pada hari hari ini, mendoakan yang terbaik dariNya buat hari hari yang mendatang.

Hari hari sebelum datang dan selepas balik kerja, ayat ayat biasa kedengaran, pak lang jom pe man laq(jom pe taman ulaq)..:Aqil dan telatah Aqib Syahid yang semakin membesar dan sihat walafiat. Dua watak ceria yang menceriakan suasana rumah. Dua beradik sama-sama murah dengan senyuman...Kedua-dua banyak mewarisi watak arwah ayah, Al-Fatihah..

Bulan ni Tok n Wan tak berniaga, banyak masa diluangkan dengan cucu-cucu. Elok juga Tok n Wan dapat berehat panjang bulan ni setelah sebelas bulan bekerja keras. Murah rezeki bulan ni, dapat merasa masakan Mak, masakan Mak adalah yang terbaik n paling sedap..:). nanti dah buka gerai susah dah nak merasa sebab dah berniaga balik, tumpang bulan puasa ni dapat rasa macam macam masakan Mak.  Syukur rezekiMu..

3 Jul 2014, 18:04pm


1 ulasan:

the forth claw berkata...

salam, ijazah yg tuan ambil tu de tak pengiktirafan JPA, sy ingin mengambil kursus tersebut tapi takut tidak di iktiraf sbb sy ingin naik gred ke 41 menggunakan ijazah @pun "lompat" ke bidang kaunseling dalam kerajaan