Sabtu, 27 Disember 2008

Kesedaran, Kebangkitan Saat Akhir


Kejadian "tragedi 1997" berlalu meninggalkan kesan yang mendalam buat diriku. Selepas berlakunya kejadian tersebut, mak & abah terpaksa bermula dari asal kembali.

Aku teringat ketika itu, abah bermula kembali dengan menggoreng bihun untuk diletakkan di gerai-gerai sekitar pasar. Setiap pagi seawal jam 4 aku berjaga untuk membantu abah menyedia dan menyiapkan bungkusan-bungkusan bihun untuk dijual . Saat itu aku menghampiri untuk menghadapi peperiksaan PMR.

Masa berlalu, PMR telah aku duduki. Sebaik keputusan keluar, "result" yang aku perolehi tidaklah dapat mengembira dan membanggakan mak & abah. Aku 'menyedarinya"..

Seawal naik ke tingkatan 4 ramai antara rakan-rakan yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke sekolah teknik & vokasional. Tinggal aku dan berberapa orang baki rakan sahaja yang tidak mendapat apa-apa tawaran . Sedih & sayu mengiringi raut wajahku selama berbulan jugak, merasakan seolah " keseorangan ditinggalkan". Hampir semua yang pergi "satu geng". "geng taekwondo", "geng mountbike" ,"geng pembela mangsa dera", "geng karate kayu & pintu kelas", "geng ponteng kelas petang" haha..melucukan gelagat bila dikenang kembali.

Setiap kejadian ada hikmahNya. Saat aku di hujung tempoh pengajian, kesedaran mula menjelma dalam diriku . Aku mula berazam dan bertekad. Aku harus mengubah nasib diriku, mak, abah & keluarga. Kebangkitan saat-saat akhir ini "juga" benar-benar mengejutkan diriku. Tenaga dan semangat luar biasa mengiringiku, seakan tersemat bersama tenaga dan semangat mak & abah dalam diriku.

Saat itu dalam pikiran dan pekerjaanku hanyalah membantu mak & abah serta berlajar "sepenuh hati". tiada lagi istilah hiburan dan "main-main" dalam kalendarku.

Terketawa bila mengenang kembali, Aku antara yang selalu paling lewat ke sekolah, maka "terpaksalah" kerap memanjat pagar sekolah. Rutinku setiap hari selepas menolong mak & abah membuka gerai baru aku pulang dan bersiap ke sekolah.

Terima kasih cikgu-cikgu, walau selalu melihat aku memanjat pagar sekolah, namun sekadar melihat tanpa "apa-apa hadiah" . mungkin kerana memahami dan mengerti rutinku

Tiada ulasan: