Sabtu, 13 Disember 2008

Tragedi 1997

Kisah ini berlaku 11 tahun yang lalu. namun walaupun telah lama berlalu memorinya masih tegar dalam ingatanku.
Pagi itu jam sekitar pukul 4 pagi. Aku sedang mengulangkaji pelajaran untuk menempuhi peperiksaan pmr yang bakal menjelang. tiba-tiba ada orang yang datang mengetuk pintu rumah memanggil nama abah.. Alangkah terkejut aku dan keluarga yang terjaga apabila diberitahu yang gerai tempat mak & abah berniaga terbakar.. serentak itu juga mak & abah bergegas ke gerai.

Aku kemudiannya mengambil "gerek" menuruti mak & abah untuk melihat kejadian yang berlaku. aku mengayuh "gerek" ke gerai yang jauhnya dalam 2km dari rumah. dalam perjalanan sebelum aku sampai ke gerai aku terserempak mak & abah menuju balik ke rumah. dalam hatiku terdetik..apa sebenarnya yang berlaku? teruk ka?

Saat aku sampai di jejantas berhampiran dengan gerai aku terus tergamam.. ya Allah... semuanya musnah sama sekali.. patutla mak & abah terus balik... tak ada apa-apa yang dapat diselamatkan. semuanya musnah sama sekali.. aku benar-benar tak dapat menahan kesedihan. menangis aku sambil hanya kaku berdiri tepi "gerek". Aku tidak pernah menangis dan berasa kesedihan yang seperti ini.. apa lagi perasaan mak & abah.

Sambil mengalir air mata membasahi baju. aku mengayuh gerek ke rumah tok dan makcik. sambil menangis dan mengalir air mata aku memanggil tok.. Semuanya terkejut dan hanya turut mengalir air mata. tiada apa yang dapat dilakukan ketika itu. hanya redha dengan kejadian yang berlaku..mengharapakan semoga masih ada sinar untuk hari esok..

Pagi itu setelah matahari mula bersinar aku datang semula ke gerai. semuanya aku lihat musnah terbakar. bomba baru selesai memadamkan api yang begitu marak awalnya. orang ramai berhimpun seolah ada satu pesta. mak...hanya dapat tersandar di sebatang pokok besar berhampiran. aku dapat merasa amat kesedihan dalam hati mak. Semuanya diusahakan. keringat dicurahkan selama 12 tahun. gerai tempat sekeluarga berteduh mencari rezeki musnah hanya dalam sekelip pandang.

Kata orang dan kata kita.. setiap yang berlaku adalah ujianNya juga setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya...

Tiada ulasan: