Jumaat, 5 Disember 2008

Siapa Diriku..?


Aku hanyalah insan biasa...seperti juga insan - insan lain di luar sana. cuma sekarang gelaranku kini.. dato? tan sri? panglima? tun..? tidak sama sekali.. tidak pernah aku mengimpikan untuk mempunyai gelaran-gelaran tersebut.. sebaliknya gelaranku kini bertambah menjadi... orang kurang upaya(OKU)

Apakah aku malu dengan gelaranku sekarang? orang kurang upaya(OKU)..
jawabku tidak sama sekali.. aku bersyukur kerana ibarat diberi kehidupan kali ke 2.. malahan aku lebih senang dengan gelaran orang kurang upaya..kerana ada perjalanan. ada matlamat. ada sesuatu yang mahu aku gapai juga buktikan dengan gelaran OKU ini..

kisahnya bermula hampir 7 tahun lepas. ketika aku sedang menuntut di ipta utara semenanjung. ibarat kata orang tua-tua malang tidak berbau..
Hari itu cuti umum. Aku ingin pulang ke kangaq untuk membantu mak & abah berniaga setelah hampir sebulan tak balik kerana sibuk dengan program-program universiti. Namun, belum sempat aku meneruskan hasrat aku dihubungi sahabat, meminta tolong untuk turut bersama ke tapak projek ko-k universiti. Setelah memikirkan tiada sesiapa untuk membantu mereka, kerana waktu itu hanya aku antara terdekat yang mempunyai lesen memandu, maka aku akhirnya bersedia untuk membantu memandu buat sahabat-sahabatku.

"Petunjuk" seakan sudah membayangiku sebelum perjalanan, mulanya kereta tiada untuk perjalanan, kemudiannya aku hampir berlanggar tiang semasa berundur ketika hendak keluar dari kolej. kaedaan kereta juga seolah ada yang "tak kena" ku rasakan, diiringi hujan lebat pada permulaan perjalananku. Mungkin inilah tanda-tanda yang diberikanNya. Namun kerana telah berjanji aku meneruskan juga perjalanan, diiringi bacaan juga doa agar selamat semuanya.

Dia menentukan segala kejadian dan segala yang berlaku adalah takdirNya, ketika berada di lebuhraya changlun-jitra sebuah bas dari arah bertentangan cuba membuat pusingan U . Saat itu terlalu hampir, hanya yang aku mampu lakukan membrek dan mengelak sedaya mungkin. jaraknya terlalu dekat, hanya "bayangan kuning" yang aku perasaan ketika itu. rupanya kereta yang aku pandu melanggar dan terperosok sebahagian ditengah bas.

Sejurus kemalangan barulah aku sedar dari pengsan seketika. saat itu benar-benar terasa seakan di hujung nyawa. hanya kalimah lailah-haillallah muhammad rasullullah dihati dari mulut yang tiada daya berkata ketika itu. juga kedengaran suara sahabat-sahabatku yang menyuruhku mengucap..

Mungkin belum sampai masaku, disaat terasa seperti nyawa-nyawa ikan..,seakan kehidupan kali kedua diberikan kepadaku.
Akibat kemalangan tersebut aku mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk. Doktor memaklumkan kepada mak.. makcik.. anak makcik akan lumpuh dan terbaring seumur hidup.. gelap masa depan..?

kini setelah hampir 7 tahun peristiwa yang berlaku...aku mensyukuri kerana di beri peluang "hidup kali ke -2" sekarang, tidak lagi terbaring seumur hidup ^_^ disebalik gelaran OKU pada diriku, namun banyak yang aku pelajari dan kini semakin kembali aku berdikari juga melakukan sendiri. Syukur Ya Allah. Terima kasih pada insan-insan sekelilingku yang jasa-jasa mereka tidak tehingga.

Apapu yang berlaku kehidupan..perjuangan harus diteruskan selagi bernyawa..


1 ulasan:

u. Masyitah berkata...

ketentuan Allah, pahit dirasa , namun manisnya InsyaAllah kan kita rasa suatu hari nanti.