Isnin, 2 Mei 2011

Saat Di Hospital

5 Julai 2002, sejurus selepas kemalangan, aku dikejarkan ke hospital jitra, kedah. Namun oleh kerna peralatan dan kelengkapan yang sedia ada di hospital jitra, aku dipindahkan pula ke hospital alor setar.
Sebaik di hospital alor setar, aku dimasukkan ke dalam wad ICU, mungkin kerna kaedaan aku saat itu dalam kaedaan kritikal dengan pelbagai wayar di pasang di segenap tubuhku. Ketika awal di masukkan ke hospital alor setar, aku merasakan badan ini seakan tidak mampu lagi untuk bertahan, saat ini hanya redha dan berserah aku padaNYA, segalanya adalah ketentuanNya..
kesakitan ini Ya Allah..., kadangkala hanya airmata yang mampu mengalir.
4 Ogos 2002 sebulan berlalu dengan pelbagai cerita, ubat-ubatan, besi di kepala, kesakitan yang baru, hari ini aku dipindahkan ke hospital kangar. Kembali ke kampung halaman aku..=)
Lega rasanya, walaupun masih di hospital namun sekurang - kurangnya meringankan bebanan mak, abah dan keluarga yang terpaksa berulang alik selama sebulan dari perlis untuk menjaga aku. tambahan pula mak dan abah yang terpaksa hampir setiap hari lepas berniaga berkejar untuk datang menjaga aku...=.
Hari pertama aku di pindahkan kesini aku di masukkan ke wad 3 dan diletakkan betul - betul di hadapan tv, mungkin kerna kaedaan aku ketika itu yang langsung tidak dapat bergerak seluruh badan, jadi memudahkan aku menonton tv. =) Petang tu secara kebetulan ada tayangan drama lakonan rosyam nor. Saat aku menonton sedang babak rosyam nor berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam spm, dengan lagu latar Allahyarham Sudirman- pelangi petang, aku tiba - tiba tidak dapat menahan sebak dan air mata, terasa saat - saat gembira ketika mendapat keputusan spm yang lalu, hilang secara tiba -tiba. Seakan baru saja keputusan ini menceriakan dan menggembirakan mak dan abah...
Oktober 2002, setelah lebih 3 bulan berada di hospital, aku dibenarkan pulang oleh doktor. Syukur Alhamdulillah saat itu. Teringat, aku terpaksa di usung dan di angkat dengan kaedaan berbaring ketika itu untuk di bawak balik ke rumah.

1 ulasan:

ummu berkata...

assalamualaikum saudara
maha suci Allah atas dugaan yang berat ini
semoga Allah sentiasa bersama kita dan semoga saudara dapat terus berbakti untukn ummah