Selasa, 3 Mei 2011

Catatan 1 : Sehari Di Hospital

Catatan 19 May 2003
Masa di wad ICU aku teringat kawan - kawan, TNC HEP, lecturer matrik datang padaku, namun pada waktu itu aku tak terdaya, badanku pada waktu itu terlalu lemah, malam tu aku tidur sorang di ICU, kaedaan sungguh sejuk. Aku perasan ada nurse tambah air ke dalam badanku, nurse bertanyakan sesuatu padaku dan aku jawab dengan suara yang lemah.


Catatan 20 Mei 2003
Aku tidak makan selama 6 hari kerana tak dapat menghadam makan hinggakan kanji yang hancur pun tak masuk ke dalam badanku dan terkeluar balik dari saluran tiub makanan yang dipasang, namun pada ketika itu aku dalam kaedaan sedar. Betapa laparnya aku ketika itu hanya Allah S.W.T yang tahu. Sesungguhnya hargailah nikmat rezeki yang diperolehi..


Catatan 21 Mei 2003
Masa awal masuk hospital, tulang bawah tengkuk ku terbonjol keluar setiap kali aku bernafas, semua yang melihat menjadi takut. Teringat, ramai kawan - kawan yang datang melawat masa mula - mula masuk wad.

Tiada ulasan: