Rabu, 4 Mei 2011

Catatan 2 : Sehari Di Hospital

Catatan 3 Jun 2003
Teringat suatu hari masa di hospital, Moon, Has dan Pokli datang teman sampai keesokan hari, malam tu Moon, Has dan Pokli tengah sembang, mereka duduk berhampiranku. Moon kanan, Has kiri dan Pokli di depan. Aku sedar masa tu, sekadar berkelip memerhati gelagat mereka. Namun masa itu badanku masih lemah, jadi tak dapat nak berbual bersama. Thanks to my friends..., you all mean so much to me!


Catatan 4 Jun 2003
Masa aku dihospital Alor setar rakan - rakan sering bawa buah tangan kepadaku dan tak kurang juga yang sering kirim surat bagi kata - kata semangat yang menarik..=)
..A.. hadiahkan bunga untukku..., hmmm sentimentalnya..=) dan antara saat paling manis di hospital.., suatu hari ..A.. datang melawatku seorang diri dan suatu ketika mengupas dan menyuapkan buah anggur kepadaku kerana pada ketika itu aku tak berdaya hendak makan sendiri, haaii...indahnya...=)


Catatan 5 Jun 2003
Namun seperti kata- kata, yang indah itu tak berterusan, hari demi hari aku tempuhi dengan titisan dan kesakitan... Selepas 2 minggu lebih memakai dan digantung batu, aku kemudiannya dipasang dengan 'Halovest' di kepala. Masa hendak dipasang 'Halovest' aku merasa sakit yang sangat...., mana tidaknya, kepala ditebuk dan dimasukkan 4 besi bagi memastikan tulang tengkuk ku sembuh semula..

Tiada ulasan: