Jumaat, 6 Mei 2011

Catatan 3 : Sehari Di Hospital

Catatan 6 Jun 2003
Masa di hospital, makan roti sikit pun dah tak lalu. Setiap malam mesti sukar tidur kerana kesakitan. Kadang - kadang telatah pesakit - pesakit lain sedikit sebanyak mengurangkan...
Mmm.. Sharifah selalu datang pada hujung minggu kalau dia pulang pasai rumah dia dekat dengan hospital Alor Setar.

Catatan 7 Jun 2003
Selepas berberapa hari pakai 'Halovest', suatu hari aku diletakkan diatas wheelchair, tiba - tiba terasa hampir pitam, kelam. Lepasn 10 - 15 minit baru boleh tahan sikit tapi tak lama, tak sampai 1 jam.

Catatan 8 Jun 2003
Masa kat hospital kak pun selalu teriak..tiap - tiap kali doktor datang nak potong isi 'backsaw'. Hm..banyak kali jugak kena potong.

Catatan 9 Jun 2003
Aku sering risau dan gelisah bila Mak dan Abah nak balik dari Hospital Alor Setar kerana aku jadi takut sorang - sorang. Sering mimpi dan rasa sakit. Sebulan dok di Hospital Alor Setar, kenal Mamu, pakcik katil sebelah.

Catatan 11 Jun 2003
Aku amat berterima terharu dan berterima kasih pada pensyarah - pensyarah Matrik terutama Puan Zaiton kerana sudi melawat dan menghulurkan bantuan kepadaku, juga kawan - kawan Matrik yang datang beramai - ramai melawat aku, sungguh tak sangka yang aku sentiasa diingati. Jasa mereka kan kuhargai selama - lamanya.

Tiada ulasan: