Jumaat, 6 Mei 2011

Catatan 4 : Sehari Di Hospital

Catatan 23 Jun 2003
Teringat masa kat Hospital Alor Setar kepala ku kena tebuk, sakit sangat pasal batu 7 kg di gantung dikepala. Masa tu memang tak dapat tidur, pakai @ batu tu di gantung selama 2 minggu lebih. Asyik menahan kesakitan, hanya Allah S.W.T yang tahu betapa sakitnya waktu itu.

Catatan 24 Jun 2003
....ketika itu terlintas difikiran apakah kaedaanku akan terus begini. Apakah mampu aku mengulangi kejayaan laluku. Mak turut menangis ketika aku menitiskan air mata pada ketika itu.

Catatan 26 Jun 2003
Semasa aku di Hospital Kangar, 'backsaw' aku semakin besar, ditambah pula 'backsaw' dibahagian spatula kedua - dua belah belakang bahuku, kesakitan amat kurasai. Berberapa kali kulitku terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman, darah......
Kadang - kadang mengalir juga air mata tanpa aku sedari, mungkin kerana terlalu menahan kesakitan.

Tiada ulasan: